Jumaat, Januari 06, 2012

Kuatkan Hati Aku, Ya Allah!

Dulu,
Aku tak pernah membayangkan kehidupan aku yang berubah 90 darjah macam sekarang ni (tak boleh kata 180 darjah, sebab banyak yang aku masih belum ubah).
Tak pernah terfikir nak masuk usrah ke, nak hadir pelbagai majlis agama ke...nak pakai tudung labuh ke, nak baca tafsir Al-Quran setiap hari ke... semuanya aku tak endahkan sangat. Buat, memang aku buat. Tapi, tak pernah mahu cuba istiqamah.

Pada hemat aku... Hidup berdikari memang mengajar aku jadi orang... Seriously, mengajar aku mendekatkan diri dengan Allah...masyarakat sekeliling... Hidup dengan ibu bapa bukanlah aku nak kata tak elok. Salah tu! Hidup dengan ibu bapa memang penuh keberkatan sebab ibu penjunjung syurga anak dan ayah sebagai imam keluarga ada di sisi kita. Tapi bagi keluarga aku yang bukan regularly pengamal cara hidup berlandaskan agama Allah dan sunnah Nabi, pastinya aku turut tidak terkecuali untuk hanyut.

Dan benarlah saranan nabi yang menyuruh umat Islam agar bermusafir untuk memperbaiki agama itu ternyata membawa hikmah... ternyata keputusan aku untuk berhijrah jauh dari keluarga, jauh dari rakan sebaya yang satu sekolah...satu taman perumahan, satu daerah tu tak salah... Aku berjaya temui apa yang aku pernah tercari-cari, ternanti-nanti bila akan tiba saatnya untuk aku menjadi muslimah sebenar.... Dan aku juga berjaya mendidik diri aku menjadi kendiri. Alhamdulillah Allah bukakan jalan ni untuk aku...

Di perantauan....
Aku mengenal Allah dan Islam semula
Aku mengenal kesusahan dan kesukaran
aku mengenal makna tabah
Aku mengenal budaya variasi.
Aku mengenal erti sebenar ukhuwah
Aku mengenal erti gembira yang sebenar buat seorang remaja yang membesar macam aku
Semuanya baru...semuanya yang tak pernah aku terokai dulu... Dan aku rasa, kehidupan aku di bumi Sarawak ni sentiasa terisi... :)

Aku menjadi yakin bila aku mahu membuat keputusan untuk berubah identiti kepada yang lebih baik.... di sinilah aku mula menutup aurat dengan lebih rapi.... Memakai tudung labuh... pakai stoking tidak kira panas atau hujan, pakai stoking tangan tidak kira selabuh mana lengan baju aku.... Pakai inner untuk mengelakkan baju dalam dapat dikesan walaupun tudung sudah boleh menutupinya dan warna barju tidaklah terang sangat... Aku juga mula sayangkan tafsir Al-Quran milik aku julung2 kalinya.... pertama kali dibeli masa mula nak masuk asasi... Mula mengenal nikmat sebenar membaca Al-Quran bila tahu apa sebenarnya "ayat-ayat cinta" yang Allah karangkan dalam kitab Al-Quran

Aku juga semakin yakin untuk berkongsi ilmu Islami secara umum di laman sosial... Tanpa menghiraukan gelak senda dari sesetengah pihak yang anggap aku nak menunjuk kat Facebook tu kononnya aku ni alim sangat, semua ilmu agama pakat nak cerita.... Bagi aku, itu tanggungjawab aku sebagai khalifah di bumi Allah. Kalau tak ramai orang yang mahu menyebarkan pandangan dalam Islam, macam mana nak renovate semula umat Islam yang semakin lama semakin rapuh ni?

kalau selagi perkara yang menjadi tanggungjawab aku itu, aku boleh lakukan, aku akan tetap lakukan..... Ya Allah.... aku tahu, orang sekeliling nampaknya terkejut dengan perubahan aku ni... Aku berubah kerana Kau yang bukakan hati aku... Kau yang memberi kesedaran kepada aku sejak dulu, Kau yang munculkan semangat dan masa yang sesuai untuk aku berubah setelah sekian lama aku membuat perancangan.

Bukan kerana aku mahu mengikut2 orang lain, bukan juga mahu menjadi alim di mata manusia tetapi munafik di pandangan-Mu....

Aku yakin aku bertatih di jalan yang benar.......

Tiada ulasan: