Monday, July 13, 2015

Kaki dan Markah

Natijah daripada jatuh terduduk di tangga CTF1, makanya aku diberi cuti sakit. Aku menghubungi Norlia, kawan sekelas aku untuk bertanya pasal kerja subjek Human Computer Technology (HCT) kalau-kalau Dr. Ranaivo ada bagi. Selain bertanyakan kerja, aku juga bertanyakan cerita HCT hari itu kerana kelas HCT antara kelas yang berdrama. Hahaha.

Norlia bagitahu, markah Assignment dah dapat. Pucat lesi muka aku, kerana HCT termasuk antara subjek yang aku sukar skor pada awal semester. Sekali...

Norlia: Tadi Dr. Ranaivo tanya "Where's Afifah?". Haa... dia cari Pipah...

Aku: Iya? Habis tu Norlia jawab apa?

Norlia: Saya jawablah, "Her foot's sprained. She couldn't walk"

Afifah: Hmm... hmmm.. *angguk*

Norlia: Lepas tu tahu apa Dr. cakap? "Oh, so pity of her. Return her assignment paper, she'll surely happy and speedy recovery, tell her that"

Dan rupanya Dr. Ranaivo aku rasa sangat sweet ketika itu kerana dia mengucapkan selamat sembuh dan beri markah assignment aku yang OK sebagai "ubat". Thank you, Dr.



Nota:
Kadang-kadang orang yang garang laksana singa ini manisnya tidak terduga. Hihi.

No comments: