Wednesday, September 23, 2015

Bas RapidKL Nombor 7: Segambut Dalam

Hari-hari kena bersesak dalam bas ini. Banyak bas nombor 7 ni, gua pun tak pasti sudah berapa banyak bas nombor 7 yang sudah gua naiki. Pemandunya apatah lagi, manalah gua nak ingat.

Gua suka memerhati. Walaupun masa tu gua tengah pasrah menjadi sardin kurus yang tersepit di celahan orang ramai, mata gua tetap aktif memerhati.

Paling gua suka tengok, fesyen orang. Boleh kenal mana satu fesyen orang kita, fesyen mat Bangla, fesyen bang Nepal, fesyen orang Indonesia.

Ada yang bela rambut nipis di bahagian atas kepala tetapi tiba2 bertabir tebal panjang di belakangnya.

Ada yang pakai tudung serupa hantu pocong, selagi hujung lipatan tudung bawal tu masih boleh ditarik dan dililit, dia gigih menarik bucu tudung itu sampai tak ada basi kain ditinggalkan.

Ada yang pakai mekap tebal semeter, dari jauh boleh nampak warna pembayang mata dan gincu dia.

Ada yang pakai baju T yang diperoleh percuma dari produk makanan dan minuman, dipadankan sekali dengan seluar jeans dan sepasang sandal lusuh.

Ada yang bersumbat telinga dengan earphones pelbagai jenis, terangguk-angguk mendengar lagu entah apa.

Ada yang pakai tudung tapi bersarung baju T yang kecil dan seluar legging yang pelbagai warna terang.

Ada juga yang tidak disisir rapi rambutnya, membuatkan mata gua yang penuh imaginasi ini membayangkan dua tiga ekor serangga berterbangan di atas kepalanya.

Pendek cerita, segala apa fesyen 'orang kebanyakan' yang boleh difikirkan dalam kepala, boleh dikatakan ada dalam bas itu.

********************

Saat nak naik bas adalah saat yang gua risau, sebab ada saja puak-puak yang gemar benar menolak-nolak masa nak masuk bas. Bukannya dia terkocoh-kocoh pun, tidak. Itu memang hobi sesetengah daripada mereka. Sambil bergelak ketawa keriangan, ditolak semua orang di depan kiri kanan dia. 

Tak kurang juga ada lelaki serupa perempuan tingkahnya. Sedikit pun tidak bertolak ansur. Dia saja yang boleh naik cepat dan rebut tempat duduk, buat gua yang perempuan ini tertanya-tanya, "Aku yang perempuankah..... dia?"

Tapi selalu gua dibela oleh kaum lelaki yang berusaha beri laluan untuk gua naik bas dahulu, mereka kemudian. Tidak kisahlah lelaki itu orang kita, ataupun Bangla, ataupun Nepal, ataupun Indonesia. 

Tak kurang juga ada mat salleh yang sudah pandai berbahasa Melayu, berbual dengan gua masa kami tengah gigih menggenggam palang besi agar tak tergolek masa bas pecut tiba-tiba ataupun brek tiba-tiba.

Bangsa asing itu tidaklah seburuk mana. Hanya segelintir sahaja yang berbuat celaka.

No comments: