Wednesday, September 23, 2015

Komuter KTM: Koc Perempuan

Gua lebih senang masuk koc perempuan sebab takde risau terpaksa berlaga badan dengan lelaki. Sungguhpun begitu, kadang-kadang gua jelak juga dengan perangai orang perempuan.

Ada yang bawa anak kecil tapi tidak pandai 'mengepung' anak. Gua risau benar anak dia tergelincir keluar ke bawah kereta api masa pintu komuter dibuka.

Ada yang mengumpat orang ikut cara urban; main campur aduk bahasa Melayu pasar dengan slang Bahasa Inggeris pasar. Bunyinya berlagak bagi gua.... hahahaha.

Ada yang memakai pakaian yang gua sendiri tak pasti, bolehkah digayakan untuk ke pejabat? Sebab nampak kad nama tergantung di lehernya.

Biasa juga kawan sekolah dulu-dulu terserempak dengan gua dalam koc perempuan tu, gua yang selalu tak perasan kelibat mereka. LOL

Ada sekali tu, gua terpaksa naik komuter 'old-school' sebab bukan balik pada waktu puncak. Ada satu ruang kosong dalam koc perempuan ni, orang ramai yang mengelilinginya seakan takut untuk ke tengah sana. Rupa-rupanya ada budak bantai kencing kat situ. Air kencingnya sudah jadi macam lopak. Hahahaha. Nasib baik gua jauh di pintu.

Ada juga wanita dewasa yang memandang gua pelik. Kadang-kadang gua rasa pandangan dia macam tak puas hati dengan gua.

Banyak lagi sebenarnya babak yang penumpang komuter 'lakonkan', tapi takkan gua nak cerita dengan terperinci kat sini. Hahaha.

No comments: