Wednesday, September 23, 2015

Plaza Mont Kiara: Pak Guard

Setiap kali gua pergi ke surau di tingkat 2 blok D, pasti pak guard kat situ akan sapa gua.

"Akak, mahu sembahyang?"

"Akak, sudah makan?"

"Akak, sudah habis kirija (baca: kerja)?"

Dan bila gua memulakan mod kerja dari rumah lebih kurang pada hujung bulan April dan berlanjutan sampai pertengahan bulan Jun, dia tidak nampak gua lagi. Makanya, apabila satu hari tu gua datang untuk conduct app testing di pejabat....

"Akak... sudah lama tidak nampak akak. Saya ingat akak sudah berenti (baca: berhenti) kirija (read: kerja)," sapa dia sebaik sahaja aku melangkah ke arah lif.

"Oh, saya masih kerja laa. Saya kerja dari rumah," aku sengih.

Lalu aku tengok dia angguk bersungguh-sungguh macam belatuk.

Hatta dengan pak guard pun muka kena manis. Sebab kau takkan pernah jangka positifnya hidup kau mungkin sedikit daripadanya disumbangkan oleh pak guard.

No comments: