Wednesday, January 06, 2016

I don't know... Let me babbling once.

Dah lama sangat aku tak menangis mengongoi2 atas kelemahan sendiri. Sebab lama dulu, aku kuat menangis. Sikit2 menangis, balik2 cengeng. Itu aku yang dululah.

Mungkin sebab dah penat, dah bosan menangis, aku berhenti. Aku rasa berhenti aku yang ini, berhenti mendadak. Sebab aku boleh capai satu tahap IDGAF, tahap di mana "pergi matilah semua". Semua kelemahan, kekurangan, ke...an apa entah lagi yang menyakitkan, semua aku telan dengan tenangnya. Aku tak sedar, jiwa aku makin membengkak dan makin parah rupanya.

And now...

Di semester tujuh ini, di pertengahan jalan "Road to Graduation" ini, aku rasa aku macam helpless, rasa macam kuat aku dibuat2. Mula2 rasa macam okey je kot, boleh survive ni... Tahan sikit je lagi. Tapi, makin nak hujung ni, makin bertalu2 ujian. Makin lama makin aku rasa teruknya aku, banyaknya flaws aku, dapat ke aku cover semua 'blemish' ni? Tipu kalau aku kata aku tak tertekan teruk, yes I do stress. Rasa nak benci diri sendiri, rasa nak pertikaikan kenapa perjalanan hidup aku tak se-smooth orang lain, rasa nak berhenti dari semua yang aku telah usahakan selama ni. Alhamdulillah, masih belum ada rasa nak matikan diri sendiri. Sebab itu antara perkara yang paling aku takuti.

Aku tak nak orang keliling aku tengok flaws aku yang tak semenggah sebab aku nak jadi seorang Afifah, seorang teman yang hampir ideal (mustahil la aku nak capai gred ideal sepenuhnya kan) untuk dicontohi. Bukan seorang Afifah yang kerja dia ibarat tikus membaiki labu, tak habis2 nak me-repair flaws dan keruntuhan dalam diri sendiri tapi kebanyakan usahanya hampeh. 

Dalam pada tak mahu orang tahu lemahnya diri aku yang sebenarnya, I need to tell people yang aku ini juga manusia biasa juga. Yang nak merapu menangis mengadu domba macam budak kecik hilang gula2, yang nak sepak terajang dinding sampai dinding tu berlubang, lepas tu ada orang datang dengan tenang dan larikan perhatian aku dari amarah ke platform yang lebih manis. Aku tak nak pun dia berusaha dengan gigih dok pujuk aku, "Chill down... Ingat Tuhan... bersabar...". No. Aku tak nak pun pujukan macam pakar kaunseling tu. Nanti aku lagi panas, silap2 dia yang jadi punching bag aku.

Serius, makin lama makin rapuh jiwa ni. Seolah2 aku dapat melihat satu-persatu bahagian diri aku tercerai dari aku. Bila aku fikir balik, "degil" aku tak mahu menangis atas kelemahan dan kesusahan ni, sejenis kekuatan atau ego? Sekarang aku keliru.

Orang keliling aku ramai yang supportive terhadap aku. Semua kata it's okay kalau nak nangis, it's okay kalau dapat macam ni. Masih ada waktu untuk amend semuanya... Dan inilah situasi yang buat aku rasa nak pertimbangkan semula "degil" aku tak mahu menangis ni.

Aku senang mendengar rintihan orang, pujuk apa yang perlu. Tapi bila kena bertubi2 kat batang hidung sendiri dalam tempoh yang singkat, honestly aku tak tahu nak bagi reaksi macam mana.

Boleh tak aku nak menangis sekarang? 

No comments: