Monday, March 28, 2016

Maybe I don't have the chance to feel it

Orang sering tanya gua sejak gua masuk alam 20-an ni, tak rasa nak berteman ke? Dan jawapan gua, tidak. Belum masanya.

Gua tak nampak lagi kepentingan berteman di usia muda macam ni. Gua banyak benda nak dicapai. Senang cerita, masih belum terdetik lagi dalam hati nak pikul long-term responsibility.

It's not like gua takut hadap realiti, takut beban tanggungjawab, no. It's just.... tak rasa sekarang masanya. Lagipun...

Ada ke orang nak hadap gua, sejenis gadis yang keras pendirian dalam serius dan anehnya yang tersendiri? Gua terbiasa hidup sendiri2 sejak kecil. Main sorang2, buat kerja sorang2, decide sesuatu sama2. Jadi, untuk bergantung harap pada seorang stranger itu sangat la pelik.

Gua bukan jenis orang yang pandai menunjukkan kasih sayang pada orang2 lain, sekalipun keluarga gua sendiri. Hanya kucing je laa kot. Kalau biasanya kita lihat anak bujang lelaki tidak kisah cium pipi ibunya, anak dara yang tidak kisah peluk ayahnya. Tapi gua tidak. Yang biasa buat semua benda affections tu, emak ayah gua je la. Tapi gua tak balas. Bukan sebab ego, tapi sumpah tak reti.

Gua selalunya guna konsep hitam dan putih, terkadang yang jarang, barulah gua meneliti kelabu di antara keduanya. Kalau dah benda memang patut gua rasa gua cakap, gua akan cakap. Kalau gua rasa benda tu harus disimpan, gua simpan dahulu. Kalau gua rasa nak buat sesuatu, biasanya gua memang dah consider kiri kanan atas bawah depan belakang. Dan orang takkan dapat object apa yang gua mahu. Malah orang terdekat gua pun sedia maklum, kalau bab decision making terutamanya, takde siapa pun boleh masuk campur.

Gua ini perempuan high maintenance. Bukan sebab pakaian dan perhiasan, tapi penjagaan diri. Barang2 higenik dan perubatan gua semuanya kos tinggi. Nak jaga gua bukan senang. Tiba2 gua sakit, gua sakit. Walaupun sekejapan tadinya gua menyengih sihat. No, gua sangat vulnerable dengan kebanyakan penyakit. Gua mungkin nampak segak dan cool oleh orang perempuan lain, tapi gua selalu kalah bila datang bab penyakit.

Ciri2 di atas antara sebab2 kenapa gua tak pernah rasa ingin berteman... gua tak tahu nak adapt dia macam mana.

Sampai gua terkadang fikir, mungkin tiada peluang pun untuk gua berteman.

No comments: